KUALA LUMPUR 7 Jun – World #QuranHour (WQH) kali ketiga anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) hari ini menerima sentuhan diraja dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke program itu yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini. Bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang, program tersebut berperanan sebagai platform membentuk solidariti ummah di seluruh dunia untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui pendekatan baca,…









