[VIDEO] Lapan motosikal, tiga kereta terbakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lapan motosikal, tiga kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Penghuni Pangsapuri Pantai Indah, Pantai Dalam di sini digemparkan dengan kejadian kebakaran melibatkan lapan buah motosikal dan tiga kereta milik penduduk hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 4 petang itu, kesemua lapan buah motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri tersebut musnah sepenuhnya manakala tiga kereta yang terbabit terbakar pada kadar 10 sehingga 40 peratus.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rodzlan Othman berkata, ketika kejadian kebanyakan penghuni dipercayai sedang sibuk dengan aktiviti hujung minggu masing-masing sebelum terdengar bunyi bising dari bawah rumah pangsa.

Menurutnya, tiga buah jentera bersama 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Pantai dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Ketika tiba di kawasan itu, saya lihat api telah marak membakar kenderaan dan motosikal.

“Punca kebakaran masih tidak diketahui dan siasatan sedang dilakukan sama ada terdapat unsur khianat atau dendam, perkara itu masih dalam siasatan,” katanya.

Tambah Rodzlan, kejadian berlaku dengan pantas dan ramai penduduk di situ tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN