KOTA BHARU 6 Jun – Seorang pengusaha restoran di Pasir Tumboh menceriakan kira-kira 100 murid daripada golongan kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Stan di sini apabila menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pengusaha Restoran Pondok Kebaboom, Siti Nor Farah Abdul Darawi, 35, berkata, idea menaja program itu datangnya daripada suami, Kamaruzaman Hussin, 39, yang merupakan bekas murid sekolah itu. Beliau berkata, mereka terdorong…










