KAZAN 16 Jun – Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama dalam sejarah penganjuran Piala Dunia ketika pertemuan di antara Perancis menang 2-1 ke atas Australia di Kazan, sebentar tadi. Dalam perlawanan itu, Antoine Griezmann dijatuhkan dalam kotak penalti pada separuh masa kedua aksi pembukaan Kumpulan C. Pengadil dari Uruguay, Andres Cunha tidak terus menghadiahkan sepakan penalti tetapi membuat keputusan itu selepas menyaksikan rakaman VAR dan penyerang Perancis…










