KUANTAN 7 Jun – UMNO Bahagian Paya Besar yakin dua pemimpin mereka yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua sayap parti itu mampu memberi sumbangan besar jika diberi mandat pada pemilihan kali ini.
![]() |
|
Siti Zaharah Sulaiman
|
Pada pemilihan berkenaan, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO manakala Ketua Wanita UMNO Paya Besar, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman bertanding Ketua Wanita.
Pemangku Ketua Bahagian UMNO Paya Besar, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, beliau dan seluruh kepemimpinan di bahagian akan memberi sokongan padu kepada dua calon tersebut.
“Mereka mempunyai pengalaman yang cukup baik dan relevan untuk menerajui sayap utama parti.
“Tan Sri Siti Zaharah yang antaranya seorang bekas menteri pastinya mempunyai sentuhan magis dan Mohd. Shahar pula merupakan Ketua Pemuda negeri,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












