UMNO Johor tidak sokong calon tertentu untuk Presiden, Timbalan Presiden - Utusan Malaysia

UMNO Johor tidak sokong calon tertentu untuk Presiden, Timbalan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Jun – UMNO Johor tidak membuat keputusan untuk menyokong mana-mana calon bagi merebut jawatan pelbagai peringkat termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Dr. Abd Latiff Ahmad
Dr. Abd Latiff Ahmad

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, UMNO Johor menyerahkan kepada kebijaksanaan akar umbi bertanggunjawab untuk membuat pilihan mereka sendiri.

“Jika ada mana-mana pihak yang mengaku UMNO Johor cenderung kepada seseorang tokoh seperti Tengku Razaleigh, ini adalah pandangan peribadi dan bukannya daripada UMNO Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sejujurnya UMNO Johor ada pengalaman hitam di antara Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pada 1987 hingga menyebabkan UMNO lama menjadi haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini