UiTM, FAMA jalin kerjasama aplikasi sistem fertigasi - Utusan Malaysia

UiTM, FAMA jalin kerjasama aplikasi sistem fertigasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ILMU. Kelab My Agrosis Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengadakan program perkongsian ilmu aplikasi sistem fertigasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kampus universiti itu baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program itu bertujuan menyediakan kemudahan lengkap nurseri tumbuh-tumbuhan sebagai tempat penanaman buah rock melon secara holistik bagi pelajar dan warga kampus dalam memahami industri fertigasi.

Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Muslim Manja berkata, pihaknya telah menaja 400 unit polibeg rock melon kepada Kelab My Agrosis, UiTM Kampus Kuala Pilah bagi menjayakan program tersebut.

“Saya berharap program ini dapat meningkatkan minat pelajar dan warga kampus UiTM untuk menceburi industri yang berasaskan pertanian secara moden,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini