JOHOR BAHRU 25 Jun – Perdana Menteri bersetuju untuk menukar nama Kongres Ekonomi Melayu kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dilakukan pada September ini. Cadangan itu yang dikemukakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dipersetujui dalam satu pertemuan di Putrajaya baru-baru ini. Menurut Yang Dipertua DPMM Johor, Datuk Dr. Syed Ali Alattas, pertukaran nama itu bertujuan membolehkan penyertaan usahawan bumiputera dari Sabah dan Sarawak. “Kita…










