Tujuh akujanji Annuar jika menang Timbalan Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Tujuh akujanji Annuar jika menang Timbalan Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggariskan tujuh akujanji bagi membantu presiden parti termasuk melaksanakan pembaharuan pengurusan UMNO.

Katanya, akujanji ini untuk membolehkannya  memikul segala tanggungjawab dan amanah jika diberikan kepercayaan oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai Timbalan Presiden parti keramat itu pada 30 Jun ini.

Menurutnya, tujuh akujanji Annuar itu ialah menjadi panglima kanan presiden; membantu ketua pembangkang; melaksana pembaharuan pengurusan UMNO; jelajah seluruh negara; melaksana semula pentarbiahan intensif, pengkaderan serta suntikan doktrin perjuangan parti; membina rangkaian strategik serta membina kembali kekuatan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengalaman saya selama 30 tahun sebagai ahli Kabinet, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara semoga dapat membantu presiden dan parti UMNO kita.

“Marilah kita bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini