SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudahpun berada di sini dua hari lebih awal untuk menyertai sidang kemuncak bersejarah pada Selasa ini. Trump mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar dengan pesawat Air Force One sekitar pukul 8.30 malam selepas keluar awal dari Sidang Kemunck G7 di Kanada. Terdahulu, pada sebelah tengah hari Jong-un mendarat di Lapangan Terbang Changi dengan penerbangan Air China. Kedua-dua pemimpin disambut oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan. Sidang kemuncak ‘damai nuklear’ akan berlangsung…










