KUALA LUMPUR 11 Jun – Cadangan Berjaya Group membina lapangan terbang di Pulau Tioman hanya boleh direalisasikan menerusi kaedah penambakan, yang perlu mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu. Ini kerana Tioman tidak memiliki kawasan yang luas untuk pembinaan laluan berlepas dan mendarat kapal terbang yang panjang, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali. “Kita sebenarnya telah beberapa kali melihat keadaan di Pulau Tioman…










