Tiga maut di Jalan Kuantan - KL - Utusan Malaysia

Tiga maut di Jalan Kuantan – KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Hasrat lapan sekeluarga dari Kuala Lumpur untuk meman­cing di Empangan Klau, Raub musnah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dinaiki mereka terlibat dalam kemala­ngan dengan dua lagi kenderaan lain di Kilometer 149 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Batu 7, Mentakab pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 9.14 pagi itu, dua daripada ahli keluar­ga itu, Khasrul Haizal Mohd. Yusof, 20, dan adiknya, Khasrul Ikhwan, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecede­raan parah pada kepala.

Nahas yang turut melibatkan sebuah pacuan empat roda, To­yota Hilux dan sebuah treler itu turut mengorbankan nyawa pemandu Toyota Hilux, Chua Jyh Shyong.

Mangsa sedang dalam perjalanan dari Triang menuju ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan.

Dalam kejadian itu, pemandu Proton Exora, Mohd. Yusof Ghazali, 55, yang beralamat di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur cedera dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN