SEREMBAN 14 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyerahkan kepada anggota gabungan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menentukan masa depan persatuan itu, termasuklah memilih presiden baharu. Beliau akan menyokong apa jua keputusan dibuat PBNS dan tidak mahu campur tangan dalam urusan persatuan itu kerana tahu, PBNS akan memilih sesiapa yang dirasakan layak untuk menjadi presiden mereka serta mampu meneruskan agenda bola sepak di Negeri Sembilan ke peringkat…










