KUALA LUMPUR 13 Jun – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
![]() |
|
TERESA KOK
|
Perkara itu dimaklumkan Teresa di laman Facebook miliknya dengan memuat naik status bersama capaian berkenaan ‘senarai penuh Kabinet’ yang disiarkan sebuah laman portal hari ini.
“Satu lagi senarai penuh Kabinet yang palsu disiarkan! Saya tidak tahu apa-apa mengenai pelantikan sedemikian.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya juga berpendapat bahawa Wilayah Persekutuan tidak harus diletakkan di bawah kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus membangunkan bandar mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DKLCT2020),” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE












