KUALA TERENGGANU 6 Jun – Kerajaan negeri menyasarkan untuk mengurangkan 15 peratus bilangan perokok daripada keseluruhan 170,000 orang penduduk yang mengamalkan tabiat buruk itu menjelang 2022. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak yakin sasaran sepanjang lima tahun itu mampu dicapai menerusi pelbagai kempen kesedaran dan bimbingan termasuk program Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok (mQuit) Masjid. Katanya, mQuit Masjid yang baharu diperkenalkan bertujuan membantu pegawai, ahli…










