Tengku Abdullah hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri TUDM - Utusan Malaysia

Tengku Abdullah hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.

Ketibaan baginda disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isteri, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi serta barisan bekas Panglima Tentera Udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Acara yang diadakan pada setiap tahun itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan warga TUDM yang terdiri daripada para pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP).

Dalam pada itu, Affendi dan Tengku Muhaini turut menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada 32 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Amal Asyura Sungai Buloh, dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini