KUALA LUMPUR 22 Jun – Taman Pudu Ulu Fasa 2 di sini akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengekang jenayah samun dan perbuatan vandalisme yang kerap berlaku di kawasan taman awam itu. Pengerusi Persatuan Sahabat Taman Pudu Ulu, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemasangan CCTV yang beroperasi 24 jam itu diharap dapat mengawasi keselamatan pengunjung serta prasarana dan fasiliti sukan di taman rekreasi itu. “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur…










