Tajuddin umum bertanding Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Tajuddin umum bertanding Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti dalam pemilihan parti yang bermula 30 Jun ini.

Beliau bakal bersaing dengan tiga lagi calon yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan tersebut setakat ini iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tajuddin berkata, jika dipilih, beliau berjanji akan turun padang untuk membangkitkan semula UMNO.

Malah, beliau berikrar untuk tidak akan menjadi pengampu selain mempunyai prinsip, lantang dan akan berterus terang mewakili UMNO.

“Atas kesedaran dan keinsafan ini, saya mohon restu daripada Allah SWT untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya berjanji saya akan bekerja habis-habisan untuk perjuangan UMNO. Saya tak akan jadi ‘yes man’, pengampu. Saya punya prinsip dan akan lantang berterus terang bagi mewaliki UMNO,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN