Syiling parkir di Kota Bharu dicuri - Utusan Malaysia

Syiling parkir di Kota Bharu dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mendedahkan wujudnya sindiket jahat yang mero­sakkan 1,500 unit meter letak kereta selain mencuri duit syiling dalam mesin berkenaan di bandar ini sejak awal tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd. Daham berkata, kegiatan tidak bertanggungjawab itu turut dikenal pasti menjadi punca pengurangan pendapatan MPKB-BRI sehingga 50 peratus sebulan.

“MPKB-BRI mengutip sekitar RM200,000 sebulan hasil daripada kutipan meter letak kereta. Bagaimanapun, sejak Januari lalu, pendapatan MPKB-BRI hanya sekitar RM100,000, iaitu berkurangan hampir 50 peratus.

“Daripada 6,000 meter letak kereta yang ada di seluruh kawasan seliaan, kira-kira 1,500 unit juga telah dirosakkan dengan sengaja manakala duit syiling di dalam mesin itu turut hilang,” katanya di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini