KUALA LUMPUR 7 Jun – Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta untuk tidak menyibuk urusan UMNO terutama dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah berkata, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar sebaliknya perlu menumpukan usaha menunaikan janji-janji yang dibuat Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. “Syed Saddiq perlu menjadi Menteri Belia bagi menumpukan usahanya membantu peminjam Perbadanan…










