TEMERLOH – Seorang pemandu treler ditahan reman empat hari bermula hari ini berhubung kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan mengakibatkan tiga maut di Temerloh, Pahang semalam. Suspek berusia 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh kira-kira jam 9.30 pagi tadi sebelum permohonan reman diterima Penolong Pendaftar, Norita Md Noh. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, suspek berusia 31 tahun itu ditahan selepas menyerah diri jam 1.40 petang semalam.…










