Super Eagles 'hilang' RM1.2 juta - Utusan Malaysia

Super Eagles ‘hilang’ RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW, Rusia 21 Jun – Skuad Piala Dunia Nigeria bakal kehilangan lebih AS$300,000 (RM1.2 juta) seperti yang dijanjikan oleh pegawai kerajaan dan penaja ekoran kekalahan 2-0 kepada Croatia, Sabtu lalu.

Jurucakap Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) memberitahu CNN, persatuan itu telah meluluskan bonus AS$10,000 (RM40,120) kepada setiap pemain jika mereka menang dalam perlawanan pembukaan.

“Ya, pemain Super Eagles akan menerima AS$10,000 setiap seorang. Itu adalah bonus kemenangan bagi perlawanan itu,” kata Ademola Olajire.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdapat laporan meluas di Nigeria menyatakan menteri sukan negara itu berjanji untuk menaikkan bonus kemenangan AS$15,000 (RM60,180) untuk setiap pemain jika berjaya menewaskan Iceland pada aksi seterusnya.

Namun, pegawainya, Nneka Anibeze menegaskan laporan itu tidak benar kerana bonus tambahan itu hanyalah kepada bonus sedia ada yang ditawarkan untuk perlawanan pertama sahaja.

Kekalahan pasukan kepada Croatia turut menyaksikan mereka terlepas bonus AS$50,000 (RM200,600) yang dijanjikan penaja pasukan kebangsaan mereka, Aiteo.

Selain itu, Presiden NFF, Amaju Pinnick mengesahkan mereka turut terlepas lagi AS$50,000 yang ditawarkan oleh Presiden Senat Nigeria, Bukola Saraki jika berjaya memenangi semua perlawanan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini