KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumennya sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara. “Baginda Tuanku amat tersentuh dan menzahirkan…










