PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan hari ini menahan seorang penolong jurutera awam selepas disyaki menyalahgunakan kuasanya dan terlibat dalam perbuatan rasuah. Sumber SPRM berkata suspek itu ditahan kira-kira 3.30 petang tadi di Pejabat SPRM Negeri Sembilan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. SPRM dijangka mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Majistret Seremban esok, kata sumber itu. Suspek berusia 42 tahun itu dipercayai meminta…










