SPRM sudah mula buat siasatan  - Utusan Malaysia

SPRM sudah mula buat siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan berhubung isu penyelewengan pemberian kontrak perbekalan tenaga solar dan diesel di sekolah-sekolah di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau telah mengarahkan semua pegawai di kementeriannya memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

“Ini bagi membolehkan mereka yang bersalah di hadapkan ke muka pengadilan. 

“Hasil perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya juga telah mengarahkan pegawai kementerian untuk mengambil langkah-langkah segera untuk mencari jalan penyelesaian dan memastikan ia selaras dengan perjanjian dan perundangan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Laman portal Sarawak Report sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan bekas pemimpin negara.

Pada Januari tahun lalu, bekas pemimpin negara itu turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan agar melantik sebuah syarikat perkhidmatan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 buah sekolah pedalaman di Sarawak. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×