KUALA LUMPUR 28 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Kia Peng di sini yang dikatakan milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low
Memetik laporan portal Free Malaysia Today, beberapa pegawai SPRM terpaksa memecah masuk pintu depan unit itu dan sejumlah wang tunai ditemukan dalam peti simpanan.
Difahamkan, serbuan yang mempunyai waran tersebut dibuat berdasarkan siasatan yang dirumuskan ‘ada sebab logik untuk mengesyaki bahawa maklumat mengenai kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 mungkin berada di premis terbabit’.
Tambahnya, beberapa gambar daripada serbuan tersebut telah tersebar di Internet yang menunjukkan mesin pencincang kertas dan peti simpanan di dalam unit tersebut – UTUSAN ONLINE












