Speaker DUN Johor diketahui minggu depan - Utusan Malaysia

Speaker DUN Johor diketahui minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Teka teki siapa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu akan diketahui minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang mengesahkan demikian berkata, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada 28 Jun ini.

Katanya, setakat ini, dua nama sudah disenarai pendek namun butiran mengenai mereka tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, ketika berucap pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pulai di Tapak Bazar Ramadan Perling Mall di sini hari ini, beliau sempat memberi bayangan bahawa jawatan itu mungkin disandang Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS bertanding di DUN Kukup namun tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Md. Othman Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN