KUALA LUMPUR 7 Jun – Tidak lengkap kiranya beraya tanpa songkok dan samping kepada si pemakai baju Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri. Usahawan songkok, Husein Salleh, 58, yang sudah mula menceburkan diri dalam bidang pembuatan songkok sejak tahun 2000 itu menganggap rezekinya semakin melimpah-limpah menjelang lebaran. “Permintaan songkok mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai kaum bagi memadankannya dengan baju Melayu. “Setiap tahun saya tidak menang tangan menerima tempahan songkok…









