Solat Sunat Aidilfitri di Selangor diseragamkan pukul 8 pagi - Utusan Malaysia

Solat Sunat Aidilfitri di Selangor diseragamkan pukul 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Selangor ditetapkan pukul 8 pagi sekiranya 1 Syawal jatuh hari esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, perlaksanaan masa solat Aidilfitri tersebut telah diperkenakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, ia secara langsung membolehkan umat islam masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara tanpa menjejaskan kewajipan bagi menunaikan solat Jumaat yang jatuh pada hari sama.

“Penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat di antara masjid dan surau di negeri Selangor.

“Semua imam masjid dan surau disarankan membaca khutbah khas Aidilfitri dan Jumaat yang diterbitkan JAIS yang boleh dimuat turun melalui portal e-masjid.jais.gov.my,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, masyarakat Islam di negeri ini juga dinasihatkan agar menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN