JOHOR BAHRU 13 Jun – Pembangkang negeri menyokong tindakan kerajaan Pusat untuk tidak membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sebaliknya menangguhkan projek berkenaan.
Ketuanya, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan itu wajar dan merupakan pendirian yang saksama.
“Ini kerana industri rel yang bakal wujud merupakan bidang baharu dan berpotensi luas untuk diceburi rakyat tempatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Rakyat bakal turut mendapat faedah secara tidak langsung, iaitu imej negara yang dipandang tinggi masyarakat luar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengumumkan bahawa projek HSR itu tidak dibatalkan, sebaliknya hanya ditangguhkan. – UTUSAN ONLINE











