KEHADIRAN aplikasi media sosial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan telah mengubah bentuk simbiotik antara media, sukan dan atlet daripada bentuk satu hala kepada satu bentuk lebih luas. Daripada bergantung sepenuhnya kepada media-media konvensional sebagai pengantara antara atlet dan pembaca, kini atlet sendiri mampu mengawal naratif menerusi Twitter, Instagram dan Facebook. Platform-platform ini membolehkan atlet memaparkan sisi jujur dan secara tidak langsung mampu meninggalkan kesan yang berterusan kepada para peminat…










