Sindiket penyeludupan, pengedaran dadah tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket penyeludupan, pengedaran dadah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki tempatan tumpas selepas dia serta lima lagi lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan polis dalam Ops Giada di Pasir Mas dan Tumpat.

Polis turut merampas wang tunai RM77,900 serta tujuh buah kenderaan jenis Honda Odyssey, Honda HRV, Honda Accord, Nissan Fairlady, Mitshubishi Pajero, Chevrolet Colorado dan Toyota Camry dengan jumlah keseluruhan bernilai RM641,900.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dalam serbuan pada pukul 3.45 petang pada Selasa lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di hadapan sebuah restoran di Simpang Empat Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat.

Memuatkan artikel berkaitan…

DIfahamkan, suspek tersebut baharu sahaja memperolehi bekalan dadah daripada Thailand untuk diedarkan di negara ini.

“Suspek tersebut telah membawa pihak polis ke rumahnya di Kampung Paloh, Wakaf Bharu dan hasil pemeriksaan di dalam kabinet bawah di dapur menemui satu bungkusan plastik.

“Di dalam bungkusan itu mengandungi pula satu peket plastik lutsinar yang terdapat kertas putih membaluti 10 peket plastik berwarna biru. Setiap plastik biru itu mengandungi 198 biji pil merah dan dua biji pil hijau.

“Siasatan mendapati terdapat 2,000 biji pil yaba anggaran berat 200 gram bernilai RM20,000. Suspek mengaku dadah itu miliknya dan diperolehi dari negara jiran dengan harga RM11,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad.

Hasanuddin berkata, ekoran tangkapan itu polis kemudian melancarkan tiga serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat sebelum menahan lima lagi lelaki termasuk seorang warga Thailand berusia  21 hingga 51 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini