PERTEMUAN tidak terduga dua pemimpin dunia penuh kontroversi antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini di Singapura bakal mencatat sejarah dalam arena politik antarabangsa. Sidang kemuncak yang dinantikan seluruh masyarakat dunia itu dianggap membawa harapan terhadap keamanan sejagat selain mampu menjadi langkah pemula bagi kedua-dua pemimpin dalam merealisasikan kempen perlucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea. Ironinya, pertemuan…










