Shamsul Anuar pertahan kerusi Majlis Tertinggi UMNO - Utusan Malaysia

Shamsul Anuar pertahan kerusi Majlis Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Shamsul Anuar berkata, UMNO berhadapan cabaran besar untuk bangkit semula sebagai sebuah parti bermaruah, berkuasa dan diterima rakyat.

Sehubungan itu, beliau percaya, untuk bangkit, UMNO mestilah menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut khususnya kepemimpinan dan ahli parti di semua peringkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru itu, melihat kepada semua ini dengan penuh tanggungjawab, saya menawarkan diri sekali lagi bertanding dan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk bersama-sama melakukan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini