Sepanyol singkir Lopetegui, Hierro galas tugas berat - Utusan Malaysia

Sepanyol singkir Lopetegui, Hierro galas tugas berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID, Sepanyol 14 Jun – Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) membuat kejutan menyingkirkan ketua jurulatih, Julen Lopetegui semalam, dua hari sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 Rusia.

Penyingkiran Lopetegui menyaksikan bekas pertahanan Real Madrid yang juga pembantunya, Fernando Hierro ditugaskan mengendalikan skuad La Roja.

Sepanyol yang merupakan juara Piala Dunia 2010 dan juara Eropah 2008 seeta 2012 adalah pasukan pilihan bagi kejohanan ini namun penyingkiran Lopetegui mungkin menjejaskan peluang mereka.

Pemecatan Lopetegui hadir selepas beliau dipertanggungjawabkan ke atas berita persetujuannya mengambil alih tugas Zinedine Zidane di Real Madrid selepas Piala Dunia.

RFEF perlu menunggu sehingga berakhirnya Piala Dunia bagi menggantikan Lopetegui, yang baru-baru ini menendatangani kontrak sambungan sehingga 2020, bulan lalu.

Lopetegui tidak pernah tewas sepanjang mengendalikan 20 perlawanan selaku bos Sepanyol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN