Segera lantik Menteri Belia dan Sukan - Utusan Malaysia

Segera lantik Menteri Belia dan Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kelewatan kerajaan melantik Menteri Belia dan Sukan dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan disifatkan sebagai sesuatu yang mengecewakan.

WAN MD. HAZLIN AGYL
WAN MD. HAZLIN AGYL

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan yang berpendapat, jawatan tersebut amat penting kerana dekat dengan anak muda.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, majoriti pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu adalah dalam kalangan anak muda.

“Sudah sebulan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, kini rakyat tertunggu-tunggu apakah aspirasi, visi, misi kerajaan terhadap golongan belia dalam pelbagai aspek terutamanya pembangunan belia.

“Saya berharap kerajaan segera melantik Menteri Belia dan Sukan bagi memastikan peranan dan suara anak muda didengari. Janganlah berlengah-lengah lagi, lantiklah secepat mungkin kerana anak muda adalah penentu masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×