BESUT 30 Jun – Meskipun tidak lagi menawarkan diri bagi sebarang jawatan di peringkat bahagian dan Pusat dalam pemilihan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh menegaskan beliau akan terus memberi komitmen membantu memantapkan parti. Mengulangi pendiriannya bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu, Ahli Parlimen Besut itu yang juga bekas Menteri Pendidikan Tinggi seakan menepis pelbagai tanggapan yang mungkin berbangkit dengan mengingatkan bahawa beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan…