PASIR MAS 3 Jun. – Permintaan tinggi terhadap sambal daging atau serunding membuatkan kakitangan perusahaan Wan Sabariah & Keluarga, di Kuala Lemal, di sini tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan sepanjang musim perayaan ini. Pemilik perusahaan itu, Sulaiman Ismail berkata, sepanjang Ramadan permintaan serunding yang diusahakannya meningkat sehingga 250 kilogram sehari. Menurutnya, dia cukup bertuah apabila memiliki kakitangan yang komited dan mampu menyiapkan serunding itu selaras dengan tempahan yang diterima.…










