MOSCOW 20 Jun – Rusia boleh memasang impian. Negara tuan rumah menyangkal pengkritik dan melangkaui jangkaan dengan melepasi mudah Mesir 3-1 semalam malah memastikan tempat mereka dalam 16 terbaik sebuah Piala Dunia buat kali pertama sejak era Soviet. Rusia yang berpesta gol – menjaringkan lapan kali dalam hanya dua perlawanan – telah melonjakkan peminat-peminat sendiri yang membalasnya dengan menjadi inspirasi lelaki-lelaki berbaju merah di padang, yang sekian lama berpencapaian sederhana…










