KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menggabungkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi menjimatkan kos operasi mengendalikan kedua-dua organisasi media tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ia bertujuan meningkatkan dana bagi mewujudkan kandungan yang lebih inovatif dan moden.
Katanya, pelan penggabungan itu merupakan antara cadangan yang diberikan kepada RTM untuk mentransformasikan servisnya dalam tempoh enam bulan sehingga Disember ini.
Berita berkaitan:
“Jika ia berlaku, sektor berita kemungkinan akan diberikan kepada Bernama sekali gus dapat mengurangkan kos RTM. Ia dapat memberi kita dana tambahan untuk dibelanjakan bagi tujuan isi kandungan,” katanya dalam temu bual kepada portal The Malaysian Reserve.











