KUALA LUMPUR 21 Jun – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.9 bilion (RM431.6 bilion) setakat 14 Jun 2018, menurun kira-kira RM2.4 bilion berbanding AS$108.5 bilion (RM434 bilion) pada 31 Mei 2018. BNM dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$101.4 bilion atau…










