KUALA LUMPUR 11 Jun – Pengacara terkenal, Awal Ashaari, 37, menghela nafas lega apabila rintihannya berhubung bayaran tertunggak yang diluahkan dalam media sosial baru-baru ini didengari pihak bertanggungjawab dan akhirnya melunaskan hutang tersebut. Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari memberitahu, dia bersyukur setelah sekian lama menunggu, individu berkenaan segera menjelaskan hutangnya selepas luahan tersebut mendapat perhatian portal-portal berita tempatan. “Saya berterima kasih kepada pihak media yang melaporkan rintihan saya…










