KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan minat yang bertambah baik terhadap mata wang negara sedang pesat membangun dan dalam keadaan penurunan dolar AS, kata para peniaga. Pada pukul 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.0090/0120 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0140/0170 semalam. Dolar AS ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama semalaman susulan pengumuman data pembuatan AS yang lemah. Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali dolar Singapura yang mana…










