KALININGRAD – Jurulatih Maghribi, Herve Renard berharap skuad kendaliannya kekal bersemangat dan berbangga dengan pencapaian mereka di pentas Piala Dunia 2018 sehingga berjaya mengikat gergasi bola sepak Sepanyol 2-2 pada aksi ketiga Kumpulan B awal pagi semalam. Menurut Renard, pengalaman mereka pada perlawanan bola sepak terbesar di dunia itu akan dijadikan sebagai medium untuk membangunkan lagi prestasi mereka di pentas antarabangsa. “Piala Dunia ini adalah tempat terbaik untuk kami mencari…










