KUALA LUMPUR 23 Jun – Hatrik Rufino Segovia membantu Selangor menghampiri final Piala FA selepas membelasah PKNS FC 4-0 dalam separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. Aksi kedua-dua pasukan dalam masa 30 minit pertama agak hambar dengan penguasaan bola banyak berada di bahagian tengah selain terdapat beberapa percubaan dilakukan Selangor dan finalis 2016, PKNS. Bagaimanapun pemain dari Sepanyol, Segovia berjaya memecah kesunyian apabila menampan…











