Razali dilantik SUK Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Razali dilantik SUK Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 11 Jun – Dr. Razali Ab. Malik, 55, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Seri Mat Ali Hassan yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Ketua Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Menteri Besar, Aminuddin Harun di pejabat beliau di Wisma Negeri di sini.

Razali yang berasal dari Bahau memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjadi Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohd. Khidir Majid, 46, mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Johani Hassan juga berkuat kuasa hari ini.

Pada majlis tersebut, Mokhtar Ahmad mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini