Rasional Lim Guan Eng dipersoalkan - Utusan Malaysia

Rasional Lim Guan Eng dipersoalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Institut Pemikiran Dr. Mahathir (IPDM) mempersoalkan rasional di sebalik penggunaan bahasa Mandarin dalam satu kenyataan rasmi kementerian yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.

Pengarahnya, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, ini kerana penggunaan bahasa tersebut didapati menggoncang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini dan disifatkan sebagai menghina perjuangan memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sejak dari dahulu lagi.

“Namun Guan Eng dikatakan tetap mempertahankan perbuatannya mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa dengan alasan kononnya beliau begitu menekankan kepelbagaian bahasa di negara ini.

“Jadi ini bermakna kenyataan beliau; ‘I am not Chinese, I am Malaysian’ pada awal pelantikannya sebagai Menteri Kewangan yang begitu menyentuh hati rakyat, tidak lebih merupakan satu gimik murahan?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zaharuddin Sani berkata, keputusan Guan Eng berbuat sedemikian sebenarnya didapati bercanggah dengan aspirasi rakyat negara ini yang sepatutnya memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

“Apatah lagi meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain, yang bagi saya ini merupakan satu tindakan penghinaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN