WALAUPUN hanya membuat penampilan sulung Piala Dunia, Marcus Rashford berjaya memikat pengendali England, Gareth Southgate dan dijangka mengetepikan Raheem Sterling dalam kesebelasan utama menentang Panama, Ahad ini. Penyerang muda Manchester United itu yang masuk sebagai pemain gantian ketika England mengalahkan Tunisia 2-1 dalam aksi pembukaan, Isnin lalu dilihat mengambil alih tempat Sterling pada sesi latihan semalam. Ia satu penghormatan buat Rashford, 20, jika diturunkan dalam barisan utama, sekali gus…










