Ranariddh terima rawatan lanjut di Bangkok - Utusan Malaysia

Ranariddh terima rawatan lanjut di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH 18 Jun – Bekas Perdana Menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh yang cedera dalam kemalangan jalan raya semalam telah diterbangkan ke Bangkok, Thailand untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setiausaha Agung Parti Funcipec, Yim Savy berkata, Ranariddh, 74, mengalami kecederaan patah tulang rusuk namun beransur pulih.

“Beliau dihantar ke Thailand sebagai langkah berjaga-jaga namun beliau berada dalam keadaan baik dan mampu bercakap seperti biasa,’’ katanya.

Dalam kemalangan semalam, isterinya, Ouk Phalla meninggal dunia di sebuah hospital selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Ranariddh yang merupakan ketua parti Funcipec bersama-sama Phalla dan para penyokongnya menyertai konvoi kempen pilihan raya ketika kemalangan berlaku di barat daya Kemboja.

Seramai tujuh lagi anggota konvoi turut cedera. – AFP

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN