PHNOM PENH 18 Jun – Bekas Perdana Menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh yang cedera dalam kemalangan jalan raya semalam telah diterbangkan ke Bangkok, Thailand untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setiausaha Agung Parti Funcipec, Yim Savy berkata, Ranariddh, 74, mengalami kecederaan patah tulang rusuk namun beransur pulih. “Beliau dihantar ke Thailand sebagai langkah berjaga-jaga namun beliau berada dalam keadaan baik dan mampu bercakap seperti biasa,’’ katanya. Dalam kemalangan semalam, isterinya, Ouk Phalla…










